SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Thursday 19 June 2014

Selamat Datang Pelajar Baru Dec 2014

AKTIVITI JPH DEC 2014 | 01

oleh: blog_admin_JPH

PASIR GUDANG- 19 Jun, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Politeknik Ibrahim Sultan, (PIS) mengalu-alukan kehadiran pelajar baru bagi sesi Disember 2014.  Perjumpaan pertama bersama Ketua Jabatan dan para pensyarah JPH bersama pelajar baru berlangsung dengan jayana bertempat di restoren Sri Baiduri. 

Seramai 253 orang pelajar telah berjaya mendapat tempat JPH bagi sesi ini termasuklah bagi 3 program yang ditawarkan. Penerimaan pelajar pada kemasukan kali ini menunjukkan bilangan yang lebih dari sebelumnya iaitu 123 orang dari Diploma Pengurusan Pelancongan, 84 orang dari Diploma Pengurusan Hotel & Katering dan 46 orang dari Diploma Pengurusan Acara.


Perjumpaan pertama ini adalah lebih kepada pengenalan jabatan, pensyarah dan serba sedikit perjalanan pelajar di JPH sebagai pembuka tirai bagi sesi pengajaran dan pembelajaran Disember 2014. Semoga semua pelajar ini dapat meneruskan semangat yang dibawa dari harapan ibu bapa masing-masing dan berjaya menamatkan pengajian pada masanya.

#selamatdatangpelajarbaru

Sekali melangkah biar bertatih, 
Peliharalah tingkah agar tak goyah,



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...