SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Tuesday 17 February 2015

JPH sertai sukarelawan Moonsun Cup 2015


Monsoon Cup Malaysia 2015 merupakan acara antarabngsa disertai oleh peserta-peserta  dari pelbagai negara..Pertandingan kapal layar ini julung-julung kalinya diadakan di Johor bertempat di Country Garden,Johor Bahru. Acara bermula pada 9-Februaru dan tamat pada 14 Februari 2015.

Oleh itu, pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mengambil peluang besar ini untuk sama-sama menguruskan acara antarabangsa ini sebagai sukarelawan. 


 notakaki: laporan penuh akan dikemaskini segera

Sunday 15 February 2015

Program Ramah Mesra bersama anak yatim Darul Hanan, Pasir Gudang



14 Feb 2015, PASIR GUDANG: Satu program ramah mesra bersama anak2 yatim Darul Hanan di sini bermula seawal jam 8 pagi telah berlangsung anjuran pasir gudang united fc dengan kerjasama unit pengurusan acara,JPH. Program ini melibatkan seramai 3 org pensyarah iaitu En.Mohd Faiz, Pn Nurul Izzati dan Cik Norliza dan18 pelajar Diploma Pengurusan Acara.

Pelbagai aktiviti disusun dalam setengah hari program berlangsung dalam usaha mendekatkan diri dengan anak-anak Darul Hanan sekaligus memberi keceriaan dan kegembiraan diwajah mereka. Antaranya ialah aktiviti perlawanan persahabatan bola sepak bagi anak lelaki, sesi mempelajari bahasa isyarat bàgi anak prempuan dan juga explorace. Aktiviti berakhir pada jam 1 tengahari.

Kerjasama baik dari pihak rumah anak yatim Darul Hanan dan Pasir Gudang United FC yang memberi kepercayaan kepada pelajar JPH diucapkan ribuan terima kasih. Semoga dengan adanya program seperti ini menjadi platform dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan penyayang.


Sunday 1 February 2015

Program Voluntourism Sempena Pelancaran Pakej Riadah Warisan Nusantara

Program  :   Program Voluntourism Sempena Pelancaran Pakej Riadah Warisan Nusantara      (anjuran Tourism Malaysia Johor)
Tarikh     :   31 Januari 2015
Masa        :   9am - 6pm
Tempat    :   Riyadh Equestrian, Ulu Tiram - Johor
     
AHAD, 31 JAN- Satu aktiviti sukarelawan telah dijalankan anjuran Tourism Malaysia melibatkan pelajar JPH semester 2 dan beberapa orang pensyarah. Program sukarelawan ini diadakan bersempena dengan pelancaran pakej Riadah Warisan Nusantara di Riyadh Equestrian, Ulu Tiram Johor. Antara aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dijalankan ialah mengecat pondok rehat, membersihkan kawasan persekitaran, memasang pintu gerbang dan banyak lagi.

Pelajar sedang melakukan tugasan mengikut kumpulan masing-masing
Aktiviti membersihkan kawasan
Mengangkat kayu untu dijadikan pintu gerbang

*  Pesanan penaja: hujung minggu kalau rasa tak tahu nak kemana, ibubapa boleh membuat perancangan untuk bawa keluarga ke sini. Melakukan aktiviti berkuda, Riyadh Equestrian, Ulu Tiram - Johor merupakan tempat riadah untuk aktiviti menunggang kuda, memanah dan turut menyediakan pakej untuk kem motivasi. untuk info lanjut boleh klik sini






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...