SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Sunday 15 February 2015

Program Ramah Mesra bersama anak yatim Darul Hanan, Pasir Gudang



14 Feb 2015, PASIR GUDANG: Satu program ramah mesra bersama anak2 yatim Darul Hanan di sini bermula seawal jam 8 pagi telah berlangsung anjuran pasir gudang united fc dengan kerjasama unit pengurusan acara,JPH. Program ini melibatkan seramai 3 org pensyarah iaitu En.Mohd Faiz, Pn Nurul Izzati dan Cik Norliza dan18 pelajar Diploma Pengurusan Acara.

Pelbagai aktiviti disusun dalam setengah hari program berlangsung dalam usaha mendekatkan diri dengan anak-anak Darul Hanan sekaligus memberi keceriaan dan kegembiraan diwajah mereka. Antaranya ialah aktiviti perlawanan persahabatan bola sepak bagi anak lelaki, sesi mempelajari bahasa isyarat bàgi anak prempuan dan juga explorace. Aktiviti berakhir pada jam 1 tengahari.

Kerjasama baik dari pihak rumah anak yatim Darul Hanan dan Pasir Gudang United FC yang memberi kepercayaan kepada pelajar JPH diucapkan ribuan terima kasih. Semoga dengan adanya program seperti ini menjadi platform dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan penyayang.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...