SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Tuesday 22 July 2014

Majlis Iftar dan Jamuan Perpisahan JPH

22 Julai, Pasir Gudang- Majlis Iftar dan Jamuan perpisahan yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dengan kerjasama pelajar DHK5C telah berlangsung dengan meriah semalam.  Majlis bertujuan mengeratkan silaturrahim antara staf JPH dengan berbuka puasa bersama turut meraikan kenaikan pangkat, majlis perpisahan dan juga sambutan hari jadi staf JPH.



Majlis bermula 6.15 petang itu, bermula dengan ucapan Ketua Jabatan, Tn Syed Shikh. Kemudiannya disusuli dengan ucapan pensyarah yang bakal berpindah ke politeknik lain.  

En. Khairul Azam bin Anuar (KP Degree) yg akan berpindah sebagai KJ di PMM dan Pn. Ung Ean Na yang akan berpindah ke PoliMetro Kuantan...mulai 1/8/ 2014. Warga JPH mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat masing2 tetapi rasa kehilangan tetap ada. Juga turut mendokan agar kalian terus sukses dalam kerjaya and keluarga.




Sunday 20 July 2014

"1 Cloth 1 Responsibiliy"

Aktiviti Sukarelawan 'homeless'


19 Julai 2014, JOHOR BAHRU- Satu  Program "1 Cloth 1 Responsibiliy" telah berlangsung bermula 10pm hingga 2 pagi oleh pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang merupakan anjuran bersama pihak NGO, Kechara Soup Kitchen ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan salah satu subjek Event Operation and Management bagi sesi Jun 2014. Program ini turut mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia untuk tujuan keselamatan. 

Seramai 33 orng pelajar DHK5C menjayakan program tersebut bersama pensyarah yang mengajar iaitu Puan Maisarah, Cik Sabrina dan Puan Rosmariati serta beberapa pensyarah yang lain bagi membantu hampir 100 orang gelandangan sekitar Johor Bahru. Antara kawasan terlibat ialah Tebrau, CIQ, Larkin, Jalan Wong A Fook dan sekitar bazar.
Azrin-Ketua Projek

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penyediaan, pembungkusan dan pembahagian makanan kepada gelandangan berdasarkan lokasi yang telah dikenalpasti. Aktiviti ini dilaksanakan atas seliaan pengarah projek "1 Cloth 1 Responsibiliy" iaitu Mohamad Azrin bin Mohd Yaakob. Menurut Azrin, dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat meluaskan pengalaman pelajar untuk mengendali dan menjayakan event yang dianjurkan.  Komitmen yang tinggi dari rakan DHK5C dan sokongan serta bimbingan dari pensyarah dalam menjalankan aktiviti ini diucapkan dengan setinggi-tinggi terima kasih.

Wakil dari Kenchara Soup Kitchen, Encik Alen menyatakan ucapan terima kasih di atas kesudian pelajar-pelajar untuk bersama-sama menjayakan aktiviti sukarelawan ini. Beliau turut berharap agar pelajar gembira menyertai aktiviti ini dan dapat turut serta untuk aktiviti akan datang.







Program Semarak Ramadan, DHK3A



Program Semarak Ramadan


Pasir Gudang, 18 Julai 2014, Jumaat -: Satu program Semarak Ramadhan bersama penduduk Kampung Sungai Latoh Kong Kong telah diadakan oleh pelajar DHK 3A. Program bersama komuniti ini disertai oleh seramai 19 orang pelajar bagi memenuhi keperluan kursus Softskill. Program ini merupakan salah satu mini projek yang dinilai bagi membentuk kemahiran, menanam semangat berpasukan dan menambah pengalaman mengendalikan acara. 

Pelajar-pelajar ini diiringi oleh 2 orang pensyarah softskill program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering iaitu Pn.Zuhaila Yusof dan Pn.Norfazira Kusin. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pelajar bersama penduduk kampung sama-sama memasak bubur lambuk sebanyak 15 kilo,  di surau Kampung Sungai Latoh dan mengedarkan kepada semua penduduk kampung sekitarnya.


Pensyarah Softskill DHK3A, Pn. Zuhaila turut menyatakan setinggi penghargaan kepada Tok Arrifin selaku ketua kampung yang sudi menerima kehadiran pelajar dan pensyarah dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. Program turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tn Syed Shikh Syed A.Kadir selaku Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta En.Mohd Amin Bin Zakaria selaku Ketua Ketua Program unit Pengurusan Hotel dan Katering.

Tuesday 15 July 2014

Majlis Iftar Pelajar Pengurusan Acara

AKTIVITI JPH DEC 2014 | 02

oleh: blog_admin_JPH 

16 Julai 2014 - Bersempena mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan, pelajar  diploma pengurusan acara semester 3 menganjurkan majlis iftar bagi semua pelajar bagi program tersebut. Program yang melibatkan hampir 120 orang pelajar itu dimuatkan dengan jamuan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah dan dimeriahkan lagi dengan tayangan montaj dan aktiviti bermain bunga api. Selain itu, atas sikap keprihatinan terhadap nasib Palaestin, montaj gaza turut ditayangkan untuk tontonan.


Majlis ini dianjurkan oleh pelajar sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kursus 'soft skills' di bawah seliaan En. Mohd Faiz dan Pn. Siti Nur Hafizah. Aktiviti ini dirancang bertujuan melahirkan dan membina pelajar yang berkeyakinan, semangat berpasukan yang tinggi dan keazaman yang kuat dalam meakukan sesuatu.


nota_jari_admin: sunnah berbuka puasa dengan kurma.. dan pesanan penaja, hindarilah diri dari menjadi salah seorang pesakit hospital disebabkan mangsa mercun.. bak kata pepatah api ketika kecil kawan, besar jadi lawan..

Iftar Pelajar DUP1C, DUP3A, DUP3B

AKTIVITI JPH DEC 2014 | 03

oleh: blog_admin_JPH 

14 Julai 2014 -Satu majlis berbuka puasa telah diadakan bertempat di restauran Sri Baiduri dihadiri oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 1 dan 3.

Majlis berbuka bertemakan ramadhan

Majlis ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kursus 'soft skills' di bawah seliaan Pn. Salina dan Pn. Nadzlin bagi kelas DUP3A dan DUP3B. Aktiviti ini dirancang bertujuan melahirkan dan membina pelajar yang berkeyakinan, semangat berpasukan yang tinggi dan keazaman yang kuat dalam meakukan sesuatu.

Pelajar soft skill DUP3A


Selain itu, turut serta ialah pelajar dari kelas DUP1C mengadakan berbuka puasa bersama penasihat akademik. Menurut penasihat akademik DUP1C, Pn. Salina majlis seperti ini merupakan salah satu cara bagi beliau untuk mendekatkan diri bersama pelajar dibawah jagaannya.

Penasihat Akademik bersama DUP1C
Selfie time pelajar soft skill DUP3A

p/s: orang kata tak elok melewatkan waktu berbuka, selfie2 jugak, jangan sampai lewat ye berbukanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...