SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Friday 13 March 2015

Pertandingan bowling anjuran DUP5


Fakta Ringkas Bowling Tournament anjuran DUP5

  1. Pertandingan dijalankan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 12 Mac 2015 pada jam 3.00petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.
  2. Pertandingan dianjurkan oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 5 atas subjek Event Management  dibawah seliaan Pn. Maria dan Pn Wan Noorhaslinda
  3. Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu  pelajar dan pensyarah. Antara pensyarah yang turut serta ialah KP Pengurusan Pelancongan, Pn. Zaiton, Pn Wan Rosnani, Pn Nadzlin, En. Rezal, Cik Surayahanim, Cik Liew Jan Fui dan Cik Akashah
  4. Juara pertandingan kategori pensyarah dimenangi oleh kumpulan yang dianggotai oleh Pn Nadzlin, Pn. Wan Rosnani, Cik Surayahanim dan En. Rezal

Monday 2 March 2015

Sukarelawan Festival Layang-layang ke-20


Festival Layang-layang Pasir Gudang kali ke-20, 23 Februari - 1 Mac 2015. Antara fakta yang perlu anda tahu.
1) pelajar dan staf PIS turut serta memeriahkan festival buat kali ke 10 sebagai sukarelawan dalam menguruskan festival antarabangsa ini.
2) kerjasama baik antara Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Politeknik Ibrahim Sultan dalam penganjuran Festival Layang- layang.
3) Membuka peluang pelajar-pelajar JPH berinteraksi dengan pelayang antarabangsa dan mengasah kemahiran soft skill sepanjang menjadi sukarelawan serta mempelajari selok-belok perjalanan acara antarabangsa
4) Sukarelawan terdiri dari pelajar semua jabatan dalam PIS setelah ditapis oleh penyelaras sukarelawan liason officer PIS.
5) waktu bertugas yang padat memerlukan komitmen yang tinggi dari sukarelawan bermula dari pkul 8.00 pagi hingga 10.00 malam selain ketahanan fizikal berpanas di padang.
6) Antara tugas sukarelawan ialah liason officer, menguruskan taklimat awal kepada pelayang (pelajar pengurusan acara) dan petugas padang.
7) PIS turut menghantar wakil untuk menyertai beberapa pertandingan seperti banner padang, dan rokkaku .
8) buat pertama kali majlis perasmian festival layang-layang diadakan pada waktu malam dengan gimik pelancaran menggunakan teknologi laser.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...