oleh: blog_admin_JPH
16 Julai 2014 - Bersempena mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan, pelajar diploma pengurusan acara semester 3 menganjurkan majlis iftar bagi semua pelajar bagi program tersebut. Program yang melibatkan hampir 120 orang pelajar itu dimuatkan dengan jamuan berbuka puasa, solat maghrib berjemaah dan dimeriahkan lagi dengan tayangan montaj dan aktiviti bermain bunga api. Selain itu, atas sikap keprihatinan terhadap nasib Palaestin, montaj gaza turut ditayangkan untuk tontonan.
Majlis ini dianjurkan oleh pelajar sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kursus 'soft skills' di bawah seliaan En. Mohd Faiz dan Pn. Siti Nur Hafizah. Aktiviti ini dirancang bertujuan melahirkan dan membina pelajar yang berkeyakinan, semangat berpasukan yang tinggi dan keazaman yang kuat dalam meakukan sesuatu.
nota_jari_admin: sunnah berbuka puasa dengan kurma.. dan pesanan penaja, hindarilah diri dari menjadi salah seorang pesakit hospital disebabkan mangsa mercun.. bak kata pepatah api ketika kecil kawan, besar jadi lawan..
No comments:
Post a Comment