SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Tuesday 6 September 2016

Program Sukarelawan Konsert 2 Dekad SLAM Kembali Terjalin.


 3 September, Pasir Gudang: Pelajar Diploma Pengurusan Acara, DEV4 telah bersama menjayakan Konsert SLAM Kembali terjalin Anjuran Apple Platinum (M) Sdn Bhd
Sponsor DMS360 sebagai crew teknikal dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Program sukarelawan ini juga merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam memenuhi keperluan kursus DTE 6023 Technical and Production Management yang dibimbing oleh pensyarah Pn. Nurul izzati dan Pn Nur Fadillah.
Diharap program ini dapat mendedahkan pelajar dengan industri dengan lebih efektif.






Program amal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Johor

Polytechnic Social Responsibility


6 SEPTEMBER, JOHOR BAHRU: Bertemakan "Spread the Love", satu program amal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Johor telah Berjaya dilaksanakan hari ini. Program ini dikelolakan oleh 30 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 3, DUP3A dibawah bimbingan Pn. Maria Mohd Yatim dan Pn Wan Noorhaslinda Wan Ramli.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Jabatan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,Politeknik Ibrahim Sultan, En. Mohd Amin Bin Zakaria, Ketua Program Pengurusan Pelancongan, Pn Zaiton Binti Sarman serta Pn Nurhidayah Binti Zulkifli dan Pn Wan Rosnani Binti Wan Mohamad

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program amal ini.

Terima kasih juga kepada pihak pusat Jagaan Warga emas Nur Ehsan diatas kerjasama yang diberi. Semoga program ini memberi manfaat kepada yang terlibat.


lawatan dan latihan amali bersama rakan kolaborasi industri.


6 SEPTEMBER, MASAI: Selesai Program Lawatan dan Latihan Amali bersama rakan kolaborasi industri di Hotel Masai Utama (Housekeeping Department) bermula dari 16 ogos-06 september 2016.
Program ini melibatkan pelajar Diploma Pengurusan Hotel, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Ibrahim Sultan. Diharap program ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan
gambar oleh Pn. Zuhaila









Tuesday 30 August 2016

TUSHABIK ALHUBB BERSAMA WARGA KAMPUNG TANJUNG LANGSAT " ANAK KOTA BERTANDANG KE DESA"

Program Polytechnic Social Responsibility:

TUSHABIK ALHUBB BERSAMA WARGA KAMPUNG TANJUNG LANGSAT " ANAK KOTA BERTANDANG KE DESA"

Tempat: Kg Tanjung Langsat
Tarikh: 24 - 25 Ogos 2016
Pelajar Terlibat: Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Semester 5
DHK5B
Pensyarah: Cik Noorsabrina binti M.Salbi
Nurhidayah binti Azlan
Nor Asmahani binti Kutip







Monday 22 August 2016

Program Gema Kasih

Nama Program: program sukarelawan Gema Kasih Berjalan untuk SIhat sempena Hari Kemerdekaan yang ke 59 
Tarikh: 21 Ogos 2016, 
Tempat: Taman Merdeka Johor Bahru: 
Pelajar : Seramai 38 orang pelajar Diploma Pengurusan Acara (DEV2 dan DEV3)
Pensyarah: Pn. Nurulizati Mueedin 
Anjuran :Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Gambar oleh: Pn. Nurulizati Mueedin



Sunday 22 May 2016

econvergence JPHPIS edola 2016.


Penyertaan Jph Pis dalam econvergence video competition dalam edola2016.

Tajuk
Quality is a key of tourism and hospitality graduates employability 

Ahli Kumpulan: 
  1. Nor Akashah Binti Kassim (Editor)
  2. Siti Nurhafizah Binti Ahmad (Pengacara)
  3. Maria Binti Mohd Yatim (Script Writer)
  4. Nadzlin Binti Nadzari (Technical Crew)
  5. Liew Jan Fui (Technical Crew)






Sunday 1 May 2016

artikel Cat Welfest dalam majalah hai Meow

TAHNIAH!!!
Keratan artikel Cat Welfest anjuran DHK5A 2016 dalam majalah hai Meow, Majalah Kucing No.1 Malaysia, Edisi 16


Saturday 9 April 2016

Sukarelawan bersama Petronas Cahaya Masai sempena Mini Carnival

9 April, Pasir Gudang: Sukarelawan atau Polytechnic Social Responsibility bersama Petronas Cahaya Masai sempena Mini Carnival yang berlangsung hari ini.Sukarelawan terdiri dari pelajar Diploma Pengurusan Acara (dev).. Semoga dengan adanya penglibatan aktif oleh pelajar dapat memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar2 dalam industri pengurusan acara.






Tuesday 2 February 2016

DEV:lawatan tapak sempena persediaan PGWKF ke 21


2 Februari, Pasir Gudang: Satu lawatan tapak ke Hotel Selesa Pasir Gudang atas persediaan acara sempena Festival Layang-layang Pasir Gudang kali ke 21 oleh pelajar Diploma Pengurusan Acara telah dilaksanakan hari ini. 

Turut sama mengiring pelajar ialah Pn Azila dan Pn. Zulaikha


Monday 1 February 2016

JPH PIS ke MiTa Tourism Fair 2016

29 Jan, Kuala Lumpur: Lawatan pelajar semester dua Diploma Pengurusan Pelancongan dibawah kursus Tourist Guiding Technique ke MiTA Tourism Fair 2016 di Kuala Lumpur Convention Centre
Pensyarah pengiring: Cik Surayahanim, En. Kharim, Pn Nadzlin

Karnival ini merupakan salah satu inisiatif dalam menghimpunkan pelbagai penggiat industri pelancongan Malaysia.
MITA-Malaysia Inbound Tourism Association, menghimpunkan pelbagai agensi dalam mempromosi pakej dalam negara





Tuesday 26 January 2016

Jalinan kasih bersama Asnaf Pasir Gudang

25 Januari, Pasir Gudang: Seramai 16 keluarga asnaf di sekitar Pasir Gudang menerima bantuan sempena program Politechnic Social Responsibility ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pn. Rashida Binti Mustapa, Pengarah PIS, En. Abd Razak Bin Senan, TPA, En. Norizam Bin Sekak, TPSA dan semua ketua program JPH.

Pemilihan keluarga asnaf ini dibantu oleh Imam Surau Kota Masai, Hj Borhanudin Bin Sairi. Kutipan sumbangan di setiap jabatan bermula dari 13 Januari sehingga 24 Januari. Pemberian sumbangan amat menggalakkan.
Program anjuran pelajar semester 5,(DHK5A) HT517 Event Operation Management di selia oleh 3 orang pensyarah iaitu: (1) Cik Noorsabrina M. Salbi, (2) Pn. Nurul Syafiqah Daud dan (3) Pn. Maisarah Zakariah

Program ini turut dibantu oleh pelajar semester 3, DHK, Cik Azizah Ahmad sah, Pn. Nurul Badariah Yusoff, Pn. Nor Asmahani Kutip dan Pn. Nur Hidayah  Azlan
#politechnicsocialresponsibility


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...