SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Sunday 28 September 2014

Lawatan Industri : Istana Budaya dan PICC



24 dan 25 Ogos 2014 yang lalu telah berlangsung satu lawatan industri bagi memenuhi keperluan subjek HT225- Audience Management Program Diploma Pengurusan Acara semester 2 seramai 23 orang pelajar dan 3 pensyarah pengiring.



Perjalanan bermula dari jam 8 pagi dari Politeknik Ibrahim Sultan ke Kuala Lumpur. lawatan disambut oleh ketua pemasaran Puan Linda dan pegawainya Pn. Hashima. Lawatan pertama ke Istana budaya mendedahkan pelajar kepada banyak informasi berkenaan pengurusan audiens dan acara. Sesi pertama disampaikan oleh Encik Shafie, penolong pemasaran memperkenalkan istana budaya, video korporat dan penerangan umum fungsi istana budaya yang berada dibawah Kementerian Kebudayaan dan  Pelancongan Malaysia. Pada sesi kedua, pelajar diberi peluang melawat panggung teater lambang sari. Mereka berpeluang melihat sendiri peralatan dan kelengkapan bagi sesebuah tayangan dilaksanakan. Manakala sesi ketiga pula, pelajar dibawa ke ruang galeri dan seterusnya menutup sesi lawatan pada jam 5 petang.



Lawatan seterusnya ke Putrajaya International Convention Centre. Lawatan disambut Puan Diana, pegawai yang bertugas bermula pukul 10 pagi. Pelajar dibawa ke beberapa dewan utama yang berada di dalam pusat konvensyen antarabangsa itu. Antaranya ialah Plenary Hall yang berkapasiti 3000 pax, Head of States Rooms dewan persidangan dan Putra Hall sesuai untuk menganjurkan acara keraian.



Semoga lawatan ini memberi impak yang lebih berkesan dalam melahirkan graduan yang bukan hanya pada teori tetapi juga praktikalnya dalam realiti industri

Sunday 14 September 2014

Majlis tautan kasih bersama pengarah


14 september 2014: Sempena meraikan kedatangan pengarah baru PIS, satu 'Majlis tautan kasih bersama pengarah' telah dianjurkan oleh pelajar semester dua Diploma Pengurusan Acara bertempat di Dewan Serbaguna PIS. Majlis di bawah seliaan Encik Mohd Faiz dan Pn Zauyani ini bermula sejurus selepas industrial talk forum  yang dlaksanakan di tempat yang sama.

Majlis dihadiri oleh semua warga JPH dalam mengalu-alukan kedatangan pengarah baru En. Mohd. Hatta dan sebagai satu sesi suaikenal pelajar JPH bersama pengarah. Turut hadir bersama pengarah ialah Timbalan Pengarah (Akademik), Pn Hajah Suzanah dan Ketua Jabatan JPH, Tn Syed Shikh.


Saturday 13 September 2014

Forum Industrial Talk

PASIR GUDANG, JPH PIS, 14 SEPTEMBER: Sesi forum bersama pihak industri berlangsung dengan jayanya bersama dengan pelajar Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, PIS pada pagi tadi. Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam bermula 9pagi hingga 10:45 pagi  itu dihadiri pelajar dari 3 program diploma (Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Hotel & Katering dan Diploma Pengurusan Acara) dan 1 program Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti Antarabangsa.

3 pihak industri yang mewakili bagi kesemua program adalah seperti berikut:
1) pengurusan hotel & katering
  Adi dewi Dayana (alumni JPH,PIS)
mengusahakan jualan tudung secara online

2)Pengurusan pelancongan
Mohd fadziel Darahi (alumni JPH,PIS)
Broadway travel & tours

3) Pengurusan acara
Khairul Nizam Ishak
Success JB Management

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak industri dan alumni JPH PIS dalam perkongsian ilmu bersama bakal graduan yang akan memenuhi keperluan sumber manusia dalam industri pelancongan dan hospitaliti akan datang.

Kesudian untuk menjawab soalan dari para pelajar dan semangat dalam menyampaikan pengalaman dan motivasi turut diucapkan jutaan terima kasih dari pihak JPH.

Kalau ada sumur di Ladang,
Boleh saya Menumpang Mandi
Kalau ada Umur Yang Panjang
Boleh tuan/puan berkongsi lagi

Semoga sesi forum bersama pihak industri ini memberi sedikit sebanyak informasi ke mana hala tuju pelajar JPH selepas bergelar graduan nanti.

Tuesday 2 September 2014

Kemasukan degree politeknik sesi September 2014

Tarikh: 3 /9/2014
Masa  :12 Tghri
Tempat: Centre of Technology, Politeknik Ibrahim Sultan 
"Program Transformasi Siswa" bagi Siswa/siswi baru
Program:
  1. Ijazah Sarjana muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa -JPH
  2. Ijazah Sarjana muda Komunikasi Visual (Media)- JRKV


Gambar ehsan dari Pn. 
Zaiton Sarman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...