SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Wednesday 22 October 2014

Lawatan Ke Wad Paediatrik Kanak-Kanak Di HSI


1 Oktober,2014, RABU: Seramai 29 orang pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa (UTH5) bersama 2 orang pensyarah pengiring, Puan Azlin Binti Adan, Ketua Program UTH dan Puan Rosmariati Binti Mt Radzi, pensyarah bagi modul BUR3012 Khidmat Masyarakat telah melakukan lawatan ke Wad Paediatrik Kanak-Kanak di Hospital Sultan Ismail. Lawatan ini merupakan pra-perancangan ataupun site visit bagi perlaksanaan aktiviti khidmat masyarakat yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Untuk laporan penuh yang disediakan oleh pelajar UTH5 sila klik sini

Saturday 18 October 2014

MPG Pelajar DUP kemasukan sesi Dis'11

Barisan bakal graduan Diploma Pengurusan Pelancongan JPH 2014
Bertempat di Ixora Ballroom, Silka Hotel Johor Bahru, Majlis Malam Pra Graduan bagi pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan telah diadakan pada 16 Oktober 2014. Majlis meraikan bakal graduan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti seramai 44 orang dari kelas DUP6A dan DUP6B bersama 2 pensyarah akademik iaitu Puan Wan Rosnani dan Cik Liew Jan Fui. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Program Pengurusan Pelancongan, Puan Zaiton Binti Sarman.
DUP6B bersama Penasihat Akademi, Pn Wan Rosnani
 Antara aturcara menarik sepanjang majlis pada malam tersebut:
 Pertama: Ucapan dari Penasihat Akademik

Pn Wan Rosnani menyampaikan ucapan




Cik Liew Jan menyampaikan ucapan
Kedua    :Ucapan dari Ketua Program
Ketiga    :Ucapan dari Ketua Jabatan (Video)
Keempat: Montaj dari DUP6 A & DUP6B
Kelima:Persembahan Nyanyian dan Sajak
Nyanyian dari DUP6A

 Keenam:Sambutan Hari Lahir Oktober (potong kek}
Semoga dirahmati dan dipanjangkan usia buat semua nya
Ketujuh:Penyampaian projek terbaik dan presenter terbaik
Penyampaian hadiah bagi tourism project
Kelapan:Cabutan Bertuah
 
Semoga berjaya diucapkan kepada bakal graduan Diploma Pengurusan Pelancongan sesi Disember 2014. Bermula Disember 2011 dan berakhir pada Disember 2014, insyaAllah. Tamatlah sesi pengajian mereka selama 3 tahun di JPH, Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga ilmu yang diterima bakal menjadi bekalan untuk menyambung pengajian mahupun terus menceburkan diri dalam kerjaya masing-masing baik dalam industry pelancongan ataupun tidak.

nota_admin: teringat MPG masa zaman belajar, PJB'06

Sunday 28 September 2014

Lawatan Industri : Istana Budaya dan PICC



24 dan 25 Ogos 2014 yang lalu telah berlangsung satu lawatan industri bagi memenuhi keperluan subjek HT225- Audience Management Program Diploma Pengurusan Acara semester 2 seramai 23 orang pelajar dan 3 pensyarah pengiring.



Perjalanan bermula dari jam 8 pagi dari Politeknik Ibrahim Sultan ke Kuala Lumpur. lawatan disambut oleh ketua pemasaran Puan Linda dan pegawainya Pn. Hashima. Lawatan pertama ke Istana budaya mendedahkan pelajar kepada banyak informasi berkenaan pengurusan audiens dan acara. Sesi pertama disampaikan oleh Encik Shafie, penolong pemasaran memperkenalkan istana budaya, video korporat dan penerangan umum fungsi istana budaya yang berada dibawah Kementerian Kebudayaan dan  Pelancongan Malaysia. Pada sesi kedua, pelajar diberi peluang melawat panggung teater lambang sari. Mereka berpeluang melihat sendiri peralatan dan kelengkapan bagi sesebuah tayangan dilaksanakan. Manakala sesi ketiga pula, pelajar dibawa ke ruang galeri dan seterusnya menutup sesi lawatan pada jam 5 petang.



Lawatan seterusnya ke Putrajaya International Convention Centre. Lawatan disambut Puan Diana, pegawai yang bertugas bermula pukul 10 pagi. Pelajar dibawa ke beberapa dewan utama yang berada di dalam pusat konvensyen antarabangsa itu. Antaranya ialah Plenary Hall yang berkapasiti 3000 pax, Head of States Rooms dewan persidangan dan Putra Hall sesuai untuk menganjurkan acara keraian.



Semoga lawatan ini memberi impak yang lebih berkesan dalam melahirkan graduan yang bukan hanya pada teori tetapi juga praktikalnya dalam realiti industri

Sunday 14 September 2014

Majlis tautan kasih bersama pengarah


14 september 2014: Sempena meraikan kedatangan pengarah baru PIS, satu 'Majlis tautan kasih bersama pengarah' telah dianjurkan oleh pelajar semester dua Diploma Pengurusan Acara bertempat di Dewan Serbaguna PIS. Majlis di bawah seliaan Encik Mohd Faiz dan Pn Zauyani ini bermula sejurus selepas industrial talk forum  yang dlaksanakan di tempat yang sama.

Majlis dihadiri oleh semua warga JPH dalam mengalu-alukan kedatangan pengarah baru En. Mohd. Hatta dan sebagai satu sesi suaikenal pelajar JPH bersama pengarah. Turut hadir bersama pengarah ialah Timbalan Pengarah (Akademik), Pn Hajah Suzanah dan Ketua Jabatan JPH, Tn Syed Shikh.


Saturday 13 September 2014

Forum Industrial Talk

PASIR GUDANG, JPH PIS, 14 SEPTEMBER: Sesi forum bersama pihak industri berlangsung dengan jayanya bersama dengan pelajar Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, PIS pada pagi tadi. Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam bermula 9pagi hingga 10:45 pagi  itu dihadiri pelajar dari 3 program diploma (Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Hotel & Katering dan Diploma Pengurusan Acara) dan 1 program Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengurusan Pelancongan & Hospitaliti Antarabangsa.

3 pihak industri yang mewakili bagi kesemua program adalah seperti berikut:
1) pengurusan hotel & katering
  Adi dewi Dayana (alumni JPH,PIS)
mengusahakan jualan tudung secara online

2)Pengurusan pelancongan
Mohd fadziel Darahi (alumni JPH,PIS)
Broadway travel & tours

3) Pengurusan acara
Khairul Nizam Ishak
Success JB Management

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak industri dan alumni JPH PIS dalam perkongsian ilmu bersama bakal graduan yang akan memenuhi keperluan sumber manusia dalam industri pelancongan dan hospitaliti akan datang.

Kesudian untuk menjawab soalan dari para pelajar dan semangat dalam menyampaikan pengalaman dan motivasi turut diucapkan jutaan terima kasih dari pihak JPH.

Kalau ada sumur di Ladang,
Boleh saya Menumpang Mandi
Kalau ada Umur Yang Panjang
Boleh tuan/puan berkongsi lagi

Semoga sesi forum bersama pihak industri ini memberi sedikit sebanyak informasi ke mana hala tuju pelajar JPH selepas bergelar graduan nanti.

Tuesday 2 September 2014

Kemasukan degree politeknik sesi September 2014

Tarikh: 3 /9/2014
Masa  :12 Tghri
Tempat: Centre of Technology, Politeknik Ibrahim Sultan 
"Program Transformasi Siswa" bagi Siswa/siswi baru
Program:
  1. Ijazah Sarjana muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa -JPH
  2. Ijazah Sarjana muda Komunikasi Visual (Media)- JRKV


Gambar ehsan dari Pn. 
Zaiton Sarman

Saturday 30 August 2014

Lawatan ke Republic Politeknik Singapura Pencetus Laluan Kolaborasi Antarabangsa

Tarikh        : 26 Ogos 2014
Anjuran      : DUP5A
Pensyarah  Bimbingan :
      1. Puan Wan Noorhaslinda,
      2. Puan Logaiswari
      3. Puan Wan Rosnani
Program          : Diploma Pengurusan Pelancongan
Kursus            : HT517 Event Operation
Nama Projek  : Regional Intelectual Trip to Republic Polythecnic, Singapore

Usaha melaksanakan projek untuk kursus Event Operation dibawah bimbingan 3 pensyarah Unit Pengurusan Pelancongan mencetus satu laluan Kolaborasi antara dua institusi pengajian tinggi tersebut. Lawatan intelektual tersebut turut memberi ruang dan peluang kepada pelajar mengendalikan trip ke Negara luar dan mengaplikasikan teori yang dipelajari sebagai seorang pemandu pelancong.  Selain itu, pelajat dapat berkongsi pengalaman bersama pemandu pelancong Singapura yang tidak lokek berkongsi maklumat berkenaan destinasi pelancongan dan ilmu berkaitan.
Laporan penuh, kliksini

Tuesday 26 August 2014

Merdekaraya PIS 2014 meriah

re

PASIR GUDANG, 26 Ogos: Majlis sambutan Merdekaraya hari ini disambut meriah di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) oleh warga politeknik premier ini dengan penuh semangat ukhuwah dan patriotik selaras dengan tema sambutannya Keindahan Syawal Gemilang Merdeka.


Sambutan bermula jam 8.00 pagi di dewan itu menyaksikan warga politeknik yang terdiri dari staf pentadbiran, pensyarah dan pelajar hadir dengan pakaian berunsurkan 1 Malaysia.  Masing-masing hadir dengan penuh semangat dengan acara pertandingan yang turut diadakan sepanjang majlis berlangsung.

klik sini untuk laporan penuh

Monday 25 August 2014

laporan program #123 RAYA


GALERI JPH: Kelas Soft Skill telah berjaya mengendalikan satu majlis jamuan raya yang menggabungkan dua kelas iaitu DUP3A dan DUP3B dibawah 2 pensyarah bimbingan iaitu Pn Nadzlin dan Pn. Salina. Majlis Jamuan yang bermula pada 11 pagi itu berlangsung dengan penuh meriah di galeri JPH pada tarikh 28 Ogos 2014.
 
 
untuk laporan penuh klik sini

Sunday 17 August 2014

JPH sertai Karnival Jom Masuk U



Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah menyertai karnival Jom Masuk U di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula dari 16 hingga Ogos 2014. Karnival Jom Masuk U ini bertujuan menarik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berpotensi untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan.

Antara aktiviti sempena karnival Jom Masuk U adalah pameran, aktiviti demostrasi masakan, mengukir buah-buahan oleh pelajar Pengurusan Diploma Hotel dan Katering serta jualan oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan. Turut membuat pameran ialah meperkenalkan jenama JPH iaitu Poli-Travel.



* turut serta  dalam pameran ialah semua jabatan dalam PIS JRKV, JKE dan JPP

Thursday 14 August 2014

Majlis Marhaban JPH

SATU


OGOS, 14- RESTOREN SRI BAIDURI: Majlis Marhaban sempena meraikan Syawal merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Politeknik Ibrahim Sultan(PIS). Semalam, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) telah menerima kedatangan kumpulan marhaban dari Unit Khidmat Pengurusan Am (UKPA) dan beberapa unit yang lain dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara staff PIS. Turut hadir dalam majlis marhaban tersebut ialah Timbalan Pengarah Akademik PIS, Pn Hajah Suzanah Binti Hashim.

TIGA

Majlis anjuran JPH ini dilaksanakan bersama Kelab Kebajikan JPH yang diterajui oleh En. Khairul Faizal Bin Daros, En. Rezal bin Miskam dan Cik Wan Mahirah binti Wan Ibrahim dan staf JPH. Manakala menu hidangan utama majlis marhaban kali ini iaitu Soto dan Laksa istimewa disediakan oleh JPH Chef Team iaitu Cik Cik Azizah, dan Cik Shufiah.

Majlis dimulakan dengan marhaban dan selawat  bersama hampir 60 orang staff UKPA dan JPH dan kemudiannya ucapan aluan oleh Ketua Jabatan JPH dan wakil dari UKPA. Kemudiannya, majlis turut meraikan seorang staf JPH yang akan bercuti melanjutkan pengajian ke peringkat PHD iaitu Pn. Logaiswari dan Pn Halimahtul Sa'adiah. Turut disambut ialah staf JPH yang meraikan hari ulang tahun kelahiran iaitu Pn. Norazimah dan En. Rossi.
DUA

Kami dari warga JPH mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua ke jabatan sempena majlis ini. Tidak lupa kepada Chef Team dan Kelab Kebajikan JPH serta staf JPH yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Laporan disediakan oleh: admin

Tuesday 22 July 2014

Majlis Iftar dan Jamuan Perpisahan JPH

22 Julai, Pasir Gudang- Majlis Iftar dan Jamuan perpisahan yang telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dengan kerjasama pelajar DHK5C telah berlangsung dengan meriah semalam.  Majlis bertujuan mengeratkan silaturrahim antara staf JPH dengan berbuka puasa bersama turut meraikan kenaikan pangkat, majlis perpisahan dan juga sambutan hari jadi staf JPH.



Majlis bermula 6.15 petang itu, bermula dengan ucapan Ketua Jabatan, Tn Syed Shikh. Kemudiannya disusuli dengan ucapan pensyarah yang bakal berpindah ke politeknik lain.  

En. Khairul Azam bin Anuar (KP Degree) yg akan berpindah sebagai KJ di PMM dan Pn. Ung Ean Na yang akan berpindah ke PoliMetro Kuantan...mulai 1/8/ 2014. Warga JPH mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat masing2 tetapi rasa kehilangan tetap ada. Juga turut mendokan agar kalian terus sukses dalam kerjaya and keluarga.




Sunday 20 July 2014

"1 Cloth 1 Responsibiliy"

Aktiviti Sukarelawan 'homeless'


19 Julai 2014, JOHOR BAHRU- Satu  Program "1 Cloth 1 Responsibiliy" telah berlangsung bermula 10pm hingga 2 pagi oleh pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang merupakan anjuran bersama pihak NGO, Kechara Soup Kitchen ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan salah satu subjek Event Operation and Management bagi sesi Jun 2014. Program ini turut mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia untuk tujuan keselamatan. 

Seramai 33 orng pelajar DHK5C menjayakan program tersebut bersama pensyarah yang mengajar iaitu Puan Maisarah, Cik Sabrina dan Puan Rosmariati serta beberapa pensyarah yang lain bagi membantu hampir 100 orang gelandangan sekitar Johor Bahru. Antara kawasan terlibat ialah Tebrau, CIQ, Larkin, Jalan Wong A Fook dan sekitar bazar.
Azrin-Ketua Projek

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penyediaan, pembungkusan dan pembahagian makanan kepada gelandangan berdasarkan lokasi yang telah dikenalpasti. Aktiviti ini dilaksanakan atas seliaan pengarah projek "1 Cloth 1 Responsibiliy" iaitu Mohamad Azrin bin Mohd Yaakob. Menurut Azrin, dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat meluaskan pengalaman pelajar untuk mengendali dan menjayakan event yang dianjurkan.  Komitmen yang tinggi dari rakan DHK5C dan sokongan serta bimbingan dari pensyarah dalam menjalankan aktiviti ini diucapkan dengan setinggi-tinggi terima kasih.

Wakil dari Kenchara Soup Kitchen, Encik Alen menyatakan ucapan terima kasih di atas kesudian pelajar-pelajar untuk bersama-sama menjayakan aktiviti sukarelawan ini. Beliau turut berharap agar pelajar gembira menyertai aktiviti ini dan dapat turut serta untuk aktiviti akan datang.







Program Semarak Ramadan, DHK3A



Program Semarak Ramadan


Pasir Gudang, 18 Julai 2014, Jumaat -: Satu program Semarak Ramadhan bersama penduduk Kampung Sungai Latoh Kong Kong telah diadakan oleh pelajar DHK 3A. Program bersama komuniti ini disertai oleh seramai 19 orang pelajar bagi memenuhi keperluan kursus Softskill. Program ini merupakan salah satu mini projek yang dinilai bagi membentuk kemahiran, menanam semangat berpasukan dan menambah pengalaman mengendalikan acara. 

Pelajar-pelajar ini diiringi oleh 2 orang pensyarah softskill program Diploma Pengurusan Hotel dan Katering iaitu Pn.Zuhaila Yusof dan Pn.Norfazira Kusin. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pelajar bersama penduduk kampung sama-sama memasak bubur lambuk sebanyak 15 kilo,  di surau Kampung Sungai Latoh dan mengedarkan kepada semua penduduk kampung sekitarnya.


Pensyarah Softskill DHK3A, Pn. Zuhaila turut menyatakan setinggi penghargaan kepada Tok Arrifin selaku ketua kampung yang sudi menerima kehadiran pelajar dan pensyarah dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung. Program turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tn Syed Shikh Syed A.Kadir selaku Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta En.Mohd Amin Bin Zakaria selaku Ketua Ketua Program unit Pengurusan Hotel dan Katering.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...