|
Barisan bakal graduan Diploma Pengurusan Pelancongan JPH 2014 |
Bertempat di Ixora Ballroom, Silka Hotel Johor Bahru, Majlis Malam Pra Graduan bagi pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan telah diadakan pada 16 Oktober 2014. Majlis meraikan bakal graduan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti seramai 44 orang dari kelas DUP6A dan DUP6B bersama 2 pensyarah akademik iaitu Puan Wan Rosnani dan Cik Liew Jan Fui. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Program Pengurusan Pelancongan, Puan Zaiton Binti Sarman.
|
DUP6B bersama Penasihat Akademi, Pn Wan Rosnani |
Antara aturcara menarik sepanjang majlis pada malam tersebut:
Pertama: Ucapan dari Penasihat Akademik
|
Pn Wan Rosnani menyampaikan ucapan |
|
Cik Liew Jan menyampaikan ucapan |
Kedua :Ucapan dari Ketua Program
Ketiga :Ucapan dari Ketua Jabatan (Video)
Keempat: Montaj dari DUP6 A & DUP6B
Kelima:Persembahan Nyanyian dan Sajak
|
Nyanyian dari DUP6A |
Keenam:Sambutan Hari Lahir Oktober (potong kek}
|
Semoga dirahmati dan dipanjangkan usia buat semua nya |
Ketujuh:Penyampaian projek terbaik dan presenter terbaik
|
Penyampaian hadiah bagi tourism project |
Kelapan:Cabutan Bertuah
Semoga berjaya diucapkan kepada bakal graduan Diploma Pengurusan Pelancongan sesi Disember 2014. Bermula Disember 2011 dan berakhir pada Disember 2014, insyaAllah. Tamatlah sesi pengajian mereka selama 3 tahun di JPH, Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga ilmu yang diterima bakal menjadi bekalan untuk menyambung pengajian mahupun terus menceburkan diri dalam kerjaya masing-masing baik dalam industry pelancongan ataupun tidak.
nota_admin: teringat MPG masa zaman belajar, PJB'06