SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Tuesday 6 September 2016

Program amal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Johor

Polytechnic Social Responsibility


6 SEPTEMBER, JOHOR BAHRU: Bertemakan "Spread the Love", satu program amal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Johor telah Berjaya dilaksanakan hari ini. Program ini dikelolakan oleh 30 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 3, DUP3A dibawah bimbingan Pn. Maria Mohd Yatim dan Pn Wan Noorhaslinda Wan Ramli.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Jabatan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,Politeknik Ibrahim Sultan, En. Mohd Amin Bin Zakaria, Ketua Program Pengurusan Pelancongan, Pn Zaiton Binti Sarman serta Pn Nurhidayah Binti Zulkifli dan Pn Wan Rosnani Binti Wan Mohamad

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program amal ini.

Terima kasih juga kepada pihak pusat Jagaan Warga emas Nur Ehsan diatas kerjasama yang diberi. Semoga program ini memberi manfaat kepada yang terlibat.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...