SELAMAT DATANG KE BLOG JPH (TERIMA KASIH) SESI JUN 2016

laman aktiviti JPH

laman aktiviti JPH

Followers

Tuesday, 6 September 2016

Program Sukarelawan Konsert 2 Dekad SLAM Kembali Terjalin.


 3 September, Pasir Gudang: Pelajar Diploma Pengurusan Acara, DEV4 telah bersama menjayakan Konsert SLAM Kembali terjalin Anjuran Apple Platinum (M) Sdn Bhd
Sponsor DMS360 sebagai crew teknikal dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Program sukarelawan ini juga merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam memenuhi keperluan kursus DTE 6023 Technical and Production Management yang dibimbing oleh pensyarah Pn. Nurul izzati dan Pn Nur Fadillah.
Diharap program ini dapat mendedahkan pelajar dengan industri dengan lebih efektif.






Program amal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Johor

Polytechnic Social Responsibility


6 SEPTEMBER, JOHOR BAHRU: Bertemakan "Spread the Love", satu program amal Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Johor telah Berjaya dilaksanakan hari ini. Program ini dikelolakan oleh 30 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester 3, DUP3A dibawah bimbingan Pn. Maria Mohd Yatim dan Pn Wan Noorhaslinda Wan Ramli.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Jabatan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,Politeknik Ibrahim Sultan, En. Mohd Amin Bin Zakaria, Ketua Program Pengurusan Pelancongan, Pn Zaiton Binti Sarman serta Pn Nurhidayah Binti Zulkifli dan Pn Wan Rosnani Binti Wan Mohamad

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program amal ini.

Terima kasih juga kepada pihak pusat Jagaan Warga emas Nur Ehsan diatas kerjasama yang diberi. Semoga program ini memberi manfaat kepada yang terlibat.


lawatan dan latihan amali bersama rakan kolaborasi industri.


6 SEPTEMBER, MASAI: Selesai Program Lawatan dan Latihan Amali bersama rakan kolaborasi industri di Hotel Masai Utama (Housekeeping Department) bermula dari 16 ogos-06 september 2016.
Program ini melibatkan pelajar Diploma Pengurusan Hotel, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Politeknik Ibrahim Sultan. Diharap program ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan
gambar oleh Pn. Zuhaila









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...