Aktiviti Sukarelawan 'homeless'
19 Julai 2014, JOHOR BAHRU- Satu Program "1 Cloth 1 Responsibiliy" telah berlangsung bermula 10pm hingga 2 pagi oleh pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang merupakan anjuran bersama pihak NGO, Kechara Soup Kitchen ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan salah satu subjek Event Operation and Management bagi sesi Jun 2014. Program ini turut mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia untuk tujuan keselamatan.
Seramai 33 orng pelajar DHK5C menjayakan program tersebut bersama pensyarah yang mengajar iaitu Puan Maisarah, Cik Sabrina dan Puan Rosmariati serta beberapa pensyarah yang lain bagi membantu hampir 100 orang gelandangan sekitar Johor Bahru. Antara kawasan terlibat ialah Tebrau, CIQ, Larkin, Jalan Wong A Fook dan sekitar bazar.
|
Azrin-Ketua Projek |
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah penyediaan, pembungkusan dan pembahagian makanan kepada gelandangan berdasarkan lokasi yang telah dikenalpasti. Aktiviti ini dilaksanakan atas seliaan pengarah projek "1 Cloth 1 Responsibiliy" iaitu Mohamad Azrin bin Mohd Yaakob. Menurut Azrin, dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat meluaskan pengalaman pelajar untuk mengendali dan menjayakan event yang dianjurkan. Komitmen yang tinggi dari rakan DHK5C dan sokongan serta bimbingan dari pensyarah dalam menjalankan aktiviti ini diucapkan dengan setinggi-tinggi terima kasih.
Wakil dari Kenchara Soup Kitchen, Encik Alen menyatakan ucapan terima kasih di atas kesudian pelajar-pelajar untuk bersama-sama menjayakan aktiviti sukarelawan ini. Beliau turut berharap agar pelajar gembira menyertai aktiviti ini dan dapat turut serta untuk aktiviti akan datang.